Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Isnin memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.<br /><br />Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut seksyen 342 kanun acara jenayah.
